PENIPUAN DALAM TALIAN MELIBATKAN MANGSA DALAM KALANGAN WARGA EMAS

Laporan daripada seorang wanita berusia 72 tahun telah diterima oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) iaitu mangsa yang merupakan seorang pesara telah diperdaya oleh sindiket penipuan iaitu phone scam.

Mangsa dikatakan telah menerima panggilan daripada unit khidmat pelanggan, Putrajaya dan dinyatakan nombor telefon mangsa telah disalahgunakan dalam kes jenayah siber serta mangsa perlu memohon perlindungan data peribadi serta perlindungan dana. Selain itu, mangsa turut dimaklumkan terlibat dalam kes penggubahan wang haram setelah disambungkan panggilan kepada pihak โ€œpolisโ€.

Seterusnya, magsa diarahkan untuk mengumpulkan semua wang simpanannya ke akaun bank dan maklumat bank turut diambil. Barang kemas dan gold bar turut diminta diserahkan kepada individu yang datang untuk mengambil barang-barang tersebut. Anggaran kerugian yang dialami mangsa ialah sebanyak RM670,994.00. Kesi disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan rekod sepanjang tiga tahun terkini (2021 sehingga 2023), sejumlah 86,266 individu telah menjadi mangsa kepada jenayah penipuan dalam talian. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,533 mangsa (6.4%) adalah terdiri daripada kalangan warga emas. Kebanyakan nilai kerugian yang dialami oleh mereka adalah nilai yang tinggi berbanding dengan nilai kerugian melibatkan kelompor umur yang lain. Ini menjadikan golongan warga emas menjadi sasaran yang berkualiti.

Secara keseluruhannya, penipuan dalam talian adalah kategori jenayah komersial yang boleh dicegah serta dielakkan seandainya mangsa mempunyai pengetahuan dan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan menjadi mangsa.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut