LIMA TERMASUK KANAK-KANAK RENTUNG AKIBAT KEBAKARAN

RENTUNG: Lima mangsa ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan rumah setinggan. Gambar ihsan PGO JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Lima mangsa termasuk kanak-kanak ditemukan rentung akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan rumah setinggan di Jalan Lembaga Padi Lorong Burung Keleto Likas di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 3 hingga 14 tahun.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan tiga rumah jenis tidak kekal yang terbakar keseluruhannya termasuk sebuah stor dan kedai runcit.

Selain itu katanya, dua kenderaan turut terbakar dalam kejadian itu.

“Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.47 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan tiga rumah jenis tidak kekal dengan keluasan keseluruhan 70 x 80 kaki yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan empat pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

Pihaknya berjaya mengawal operasi pada jam 1.29 petang dan setakat jam 4.30 petang semalam, pasukan bomba masih lagi memadam bara api.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut