KESAN DAN IMPIKASI AJARAN SESAT

Kesan dan impikasi ajaran sesat adalah:

 

  1. Menyebabkan syirik, kufur dan murtad. Mensyirikkan Allah SWT bermakna menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu benda atau makhluk.

 

  1. Mewujudkan perpecahan dalam masyarakat. Melalui ajaran yang dianuti, mereka memupuk persefahaman hidup dan jika dapat, cuba mewujudkan kumpulan atau masyarakat mereka sendiri. Sebagaimana yang telah diketahui, ahli-ahli kumpulan masyarakat tersebut tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli kumpulan mereka.

 

  1. Menimbulkan berbagai-bagai bentuk keganasan dalam masyarakat. Keganasan yang timbul bukan sahaja sekadar mencederakan dan membunuh orang lain, malah boleh membunuh diri mereka sendiri.

 

  1. Membuatkan manusia sesat dalam beragama. Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam.

 

  1. Mengancam keselamatan negara. Hubungan langsung antara kelompok ajaran sesat dengan gerakan subversif dan antinasional yang cuba menimbulkan huru-hara dalam negara dapat dikesan oleh pihak berkuasa sejak akhir tahun 1970an lagi.

Sumber: Buku Mengenali Ajaran Sesat Melalui Soal Jawab (MAIS)

Infografik : JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …