DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan telah melaksanakan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan Wellesley. Program ini dilaksanakan melalui medium ceramah kepada murid-murid. Program ini diadakan bagi memperkasakan kempen keselamatan jalan raya dan pematuhan undang- undang terhadap penunggang motosikal di peringkat institusi pendidikan.
Program seumpama ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi baru yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya selaras dengan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang