DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan perdagangan. Penguatkuasaan bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi, di Plaza Tol Juru arah utara dan selatan.
Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) serta memastikan kenderaan selamat digunakan di jalanraya.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang