SIRI 1: POLITIK PEJABAT

  • Pengenalan

Politik Pejabat yang juga dikenali sebagai Politik Organisasi banyak berkaitan konsep kuasa, autoriti dan pengaruh. Perkara ini timbul disebabkan perubahan aspek tingkahlaku dalam kalangan ahli organisasi. Perkara ini juga merujuk kepada pengaruh aktiviti-aktiviti dan taktik-taktik yang dilakukan oleh ahli-ahli organisasi dalam usaha untuk memenuhi dan mencapai kepentingan serta matlamat mereka di tempat kerja.

  • Definisi

Politik pejabat bermaksud sebagai proses hubungan antara kuasa dan pengaruh membabitkan individu-individu dan kelompok-kelompok tertentu sama ada di peringkat dalaman atau luaran persekitaran organisasi (Eran Vigoda, 1998, dalam Ahmad Sazmy Abdul Aziz, 2009)). Menurut definisi Wikipedia politik pejabat atau politik tempat kerja ialah penggunaan kuasa di dalam organisasi untuk mencapai agenda tertentu atau kepentingan diri tanpa memikirkan kesan atau impak ke atas usaha organisasi.

  • Memahami Politik Organisasi

Memahami politik organisasi, perkara utama yang perlu dilakukan adalah menerima hakikat bahawa politik adalah sebahagian daripada kehidupan dalam organisasi. Perkara yang kedua adalah menilai tahap politik di tempat kerja anda. Politik menerangkan apa yang manusia lakukan untuk mempengaruhi pihak yang membuat keputusan, mencapai agenda tersembunyi dan memajukan kerjaya mereka secara diam-diam.Politik tempat kerja atau mudah di sebut politik pejabat berbeza dengan gossip di tempat kerja namun kedua-duanya adalah saling berkaitan. Gosip selalunya bersifat rahsia terbuka. manakala politik pejabat bersifat manipulatif bagi mencapai satu-satu matlamat  oleh individu atau kumpulan yang berkuasa dan kedua-duanya boleh menjejaskan hubungan kerjasama antara pekerja dan menerbitkan suasana kerja yang tidak tenteram.

Politik yang minima menjadikan organisasi bersifat mesra, konflik jarang tercetus sementara. Politik sederhana biasanya dicirikan dengan organisasi beroperasi menurut peraturan yang difahami dan diluluskan secara rasmi. Jika organisasi berorientasikan pelanggan dan pencapaian, semangat berpasukan dan kepercayaan sesama sendiri menjadi keutamaan. Apabila wujud konflik yang tidak terkawal ketua atau penyelia akan melaksanakan peraturan tertentu yang sebagai penyelesaian.

  • Mengapa Berlaku

Politik pejabat seringkali dikaitkan dengan konotasi yang sangat negatif seperti tingkahlaku bodek, mengampu, tikam belakang, mengadu domba, konflik, pergaduhan dan sebagainya. Perlakuan sedemikian biasanya berlaku apabila wujudnya perasaan ingin bersaing dan muncul menjadi pekerja yang terbaik dalam organisasi, diantaranya adalah adalah:

  1. Persaingan dalam kenaikan pangkat;
  2. Ingin mencari peluang membina pengaruh dan populariti di pejabat;
  3. Berlaku percanggahan norma diantara perkara yang betul dan tidak;
  4. Persaingan untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama dalam organisasi; dan
  5. Kegagalan menilai sesuatu situasi dengan bijaksana.

Sumber: www.myhealth.moh.gov.my

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …