MUDIR, TIMBALAN MUDIR MADRASAH DI REMBAU DITAHAN CUBA HIDUPKAN AJARAN SESAT

Seorang mudir dan timbalan mudir sebuah madrasah di Rembau dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia(JHEAINS) pada Rabu. Kedua-dua lelaki masing-masing berusia 46 dan 54 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas didapati cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, kedua-dua mereka ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Rembau pada jam 3 petang.Mereka kali pertama ditahan pada 21 September lalu oleh pihak polis dalam Ops Global yang dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS. Namun pada 25 September (Rabu), mereka telah ditahan semula oleh JHEAINS untuk siasatan lanjut berkaitan pengoperasian sekolah agama tanpa kebenaran di Kampung Senama Hilir di Rembau.

Ketika soal siasat dijalankan terhadap kedua-dua suspek, mereka didapati cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah. JHEAINS telah membuat permohonan bon jaminan di Mahkamah Rendah Syariah Sendayan bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan sekali gus memastikan mereka hadir pada tarikh sebutan, 12 November ini. Mahkamah memutuskan mudir madrasah yang disiasat di bawah Seksyen 22 Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Sembilan) 1996 dilepaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 serta seorang penjamin warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sembilan.

Timbalan mudir yang turut disiasat di bawah Seksyen 52 dan Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992(pindaan 2019) dilepaskan dengan jaminan mahkamah keseluruhan RM3,500. Β Mereka juga dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri kepada Ketua Penguatkuasa Agama Rembau setiap 1 hari bulan setiap bulan serta tidak dibenarkan mengganggu saksi-saksi kes.

Sumber:Β Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut