INFO KESIHATAN: MELIOIDOSIS ATAU PENYAKIT ‘KUMAN TANAH’

Gemar berkebun? Atau sesekali melakukan aktiviti ‘grounding’? Berhati-hati ya… Tidak semua aktiviti yang berhubung secara langsung dengan tanah itu selamat. Anda mungkin akan dijangkiti Melioidosis, dikenal sebagai penyakit Whitmore (selepas dikenalpasti pertama kali oleh Kaptain Alfred Whitmore) ataupun penyakit pekebun Nightcliff (Nightcliff – kawasan endemik Melioidosis terletak di Australia) yang boleh menjangkit manusia atau haiwan.

Ini berikutan ada sejenis bakteria yang dinamakan Burkholderia Pseudomallei yang hidup sebagai hidupan saprofitik – ia mendapatkan nutrien daripada benda organik yang mati dan reput. Bakteria ini boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.

Penyakit ini disebarkan kepada manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Jangkitan kepada manusia adalah melalui sentuhan langsung dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan air yang tercemar.

Penyakit ini dominan di negara yang beriklim tropikal dan tersebar luas di negara Asia Tenggara dan utara Australia dan hampir semua benua telah melaporkan kes-kes Melioidosis.

Tanda dan gejala

 Terdapat beberapa jenis tanda dan gejala melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:

  • Jangkitan setempat (Localizes infection) : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.
  • Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection) : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, anorexia
  • Jangkitan darah (Bloodstream infection) : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.
  • Jangkitan disebarkan (Disseminated infection) : susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.

Walau bagaimanapun, pelbagai tanda dan gejala boleh dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain seperti batuk kering, pericarditis dan lain-lain jangkitan kronik atau akut. Masa antara pendedahan kepada bakteria dan kemunculan gejala-gejala tidak ditakrifkan dengan jelas, umumnya gejala muncul 2 hingga 4 minggu selepas pendedahan.

 

Kumpulan Berisiko Tinggi 

Walaupun orang yang sihat boleh mendapatkan melioidosis, pesakit yang mempunyai faktor-faktor berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan.

Faktor-faktor risiko ialah:

  • kencing manis (diabetes)
  • penyakit hati
  • penyakit buah pinggang
  • talasemia
  • kanser atau penyakit sistem imun tertekan (immune-suppressing) bukan jangkitan HIV
  • penyakit paru-paru kronik

Sumber : Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia; Facebook Pahangstory

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut