PESARA GURU RUGI RM138,800 AKIBAT ‘PHONE SCAM’

Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau ‘phone scam’ pada 27 Ogos lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi seorang wanita menyamar pegawai dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan mangsa telah membuat pendaftaran ubah suai meter elektrik di kawasan Kuantan, Pahang. Mangsa yang menafikan berbuat demikian kemudiannya disambungkan kepada โ€˜anggota polisโ€™ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK Pahang). Penyamar polis itu memberitahu telah menjumpai 200 kad pengenalan di Taman Tas, Kuantan termasuk kad pengenalan milik mangsa.

Mangsa menafikan hal berkenaan dan panggilan disambungkan kepada seorang lagi penyamar Asistan Superintenden Datuk Yusri Hasan Basri untuk semakan kewangan sebelum mangsa diminta membuat pindahan wang ke dalam akaun bank untuk memastikan wang simpanan pengadu bersih dan tidak terlibat dengan pengubahan wang haram. Mangsa kemudiannya membuat pindahan wang secara berperingkat berjumlah keseluruhan RM138,800 ke dalam beberapa akaun.

Selepas pembayaran dibuat pengadu masih lagi diganggu supaya membuat bayaran tambahan bagi urusan dokumentasi. Mangsa rasa curiga lalu berhubung dengan IPK Pahang untuk menanyakan permasalahan ini dan IPK Pahang menyatakan bahawa mangsa telah ditipu dan memintanya membuat laporan polis. Mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber:ย Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut