MAQIS RAMPAS 6KG KELI SALAI BERKULAT, ROSAK

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas enam kilogram (kg) keli salai yang sudah berkulat ketika cuba dibawa masuk dari negara jiran minggu lalu.

Menurut Maqis dalam satu kenyataan, pihaknya menahan kemasukan ikan berkenaan selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguat kuasa di laluan Terminal Feri, Jeti Penumpang Port Dickson pada 19 September lalu. Pegawai pemeriksa yang bertugas memaklumkan penahanan itu dibuat susulan produk tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengimportan yang sah seperti permit import dikeluarkan oleh Maqis dan sijil kesihatan dari negara asal.

Melalui pintasan secara fizikal yang dilakukan, keli salai tersebut juga didapati berkulat, rosak dan mungkin berisiko kepada kesihatan individu yang memakannya. Individu terlibat yang membawa masuk produk terbabit telah diminta menyerahkannya secara sukarela dengan memasukkan ke dalam ‘quarantine bin’ disediakan. Tatacara pelupusan akan dilakukan mengikut kaedah yang ditetapkan. Individu yang ingkar boleh dihadapkan prosiding undang-undang mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Maqis menegaskan perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian, tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, tanih dan mikroorganisma tanpa permit, lesen atau perakuan yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Pihaknya sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian diimport ke dalam negara bagi menjamin setiap keluaran pertanian tiada perosak, penyakit atau bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut