BANK RAKYAT ANJUR PERSIDANGAN ISHAR, FOKUS PERANAN ZAKAT DALAM KEWANGAN ISLAM

KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan bersama semasa Persidangan iSHAR.

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) kelima yang menumpukan peranan Zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam, selain untuk memajukan kesejahteraan social dan mengurangkan ketidaksamaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, zakat penting sebagai tonggak utama kewangan Islam dan pemacu perubahan sosial dan ekonomi.

“Zakat bukan sahaja asas kewangan Islam, tetapi juga sebuah mekanisme yang

mampu menangani cabaran zaman ini daripada segi ketidaksamaan ekonomi hingga kebajikan sosial,” katanya semasa berucap pada persidangan terbabit.

Ewon turut memuji kepimpinan Bank Rakyat dalam memupuk dialog yang bermanfaat mengenai kewangan patuh Syariah dan komitmennya dalam menyokong komuniti yang kurang mendapat perhatian (underserved community).

“Sebagai contoh inisiatif keusahawanan Bank Rakyat seperti RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur yang menggunakan dana Zakat untuk menyokong usahawan asnaf.

“Inisiatif ini menunjukkan kuasa transformasi kewangan Islam dalam mempromosikan pertumbuhan keusahawanan, pemerkasaan ekonomi dan pembangunan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, penganjuran iSHAR kali kelima ini menandakan usaha berterusan Bank dalam memajukan kewangan Islam.

Katanya, persidangan ini juga menjadi platform penting untuk bertukar kepakaran dan pengetahuan bagi membincangkan mengenai isu kewangan Islam yang dihadapi oleh industri perkhidmatan kewangan Islam.

“Kejayaan berterusan iSHAR sebagai platform pertukaran kepakaran dan pengetahuan ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat untuk memupuk kerjasama dan memacu inovasi dalam kewangan Islam.

“Resolusi dan pandangan yang dihasilkan daripada perbincangan ini akan menjadi rujukan utama untuk ulama, pengamal dan pihak berkepentingan.

“Dengan menangani isu kontemporari berkaitan Zakat, kami dapat memastikan relevan dan impaknya dalam mempromosikan pengagihan kekayaan yang saksama serta memajukan masyarakat,” katanya.

Mohd Irwan turut menekankan peranan Zakat yang meluas dalam mempromosikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam sektor perbankan Islam.

“Zakat mengandungi prinsip etika yang membentuk asas kewangan Islam dan melalui inisiatif seperti iSHAR, kami berusaha untuk merapatkan jurang sosial dan moral dalam perbankan,” katanya.

Selain itu, Sheikh Dr. Nedham Yaqoobi, wakil ulama yang menghadiri persidangan turut menekankan kepentingan persidangan ini sebagai hab serantau untuk perbincangan dalam kewangan Islam.

“Persidangan ini menjadi sebuah perhimpunan yang penting di rantau ini dengan mengumpulkan ulama Syariah dan para intelektual di seluruh dunia untuk terlibat dalam perbincangan yang komprehensif, selain bertukar pandangan mengenai isu Syariah yang berkaitan dengan perbankan dan amalan kewangan Islam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut