KELANTAN: LEBIH 5,000 WANITA DIJANGKA SERTAI BRIGED AN-NISA

Lebih 5,000 wanita Kelantan dijangka menyertai Briged An-Nisa, yang akan dilancarkan sempena Program Wanita Kelantan #QuranHour.

Pertubuhan ini menyasarkan wanita dari pelbagai latar belakang seperti profesional, pesara, dan suri rumah.

Ia bertujuan untuk membantu membimbing keluarga, selaras dengan misi dalam Surah At-Tahrim Ayat 6.

Setakat ini, lebih 800 ahli dari Rumah Ngaji sudah mendaftar sebagai ahli briged.

Acara di Masjid Muhammadi ini juga akan menampilkan bacaan surah, tadabbur ayat Al-Quran, serta ceramah dan forum tentang peranan wanita dalam Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut