Sekurang-kurangnya 100 kediaman di beberapa lokasi sekitar daerah ini rosak akibat ribut petang semalam, dengan kebanyakannya hilang bumbung akibat diterbangkan angin kencang. Ribut melanda kira-kira jam 6 petang itu turut menyebabkan lebih 20 pokok tumbang termasuk ada yang merintangi jalan dan menghempap kediaman. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar, selain Taman Desa Mantin yang paling teruk terjejas dengan kira-kira 50 kediaman rosak, ribut semalam turut menyebabkan kerosakan di Taman Sri Damar, Kampung Baru Mantin, Taman Andalas dan Pekan Mantin.
Beliau sudah mengarahkan kerja pembaikan segera dilakukan bermula pagi ini, manakala pokok tumbang sudah pun dibersihkan pihak bomba, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Skuad Pantas. Lima kontraktor sudah dilantik bagi tujuan pembaikan bumbung dengan peruntukan disalurkan pejabat ADUN Nilai dan Ahli Parlimen Seremban.
Beliau juga meminta kerja pembaikan bumbung ini dapat disiapkan hari ini juga memandangkan keadaan cuaca hujan ketika ini, jadi kita tidak tak boleh tunggu selain mendapati ada rumah separuh daripada bumbungnya diterbangkan angin dan ini kejadian paling teruk yang berlaku dalam tempoh 15 tahun inil.
Sumber: Berita Harian