TERENGGANU TUNGGU FATWA MUZAKARAH MKI BERKAITAN GISB

Kerajaan negeri menunggu keputusan rasmi daripada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum memuktamadkan sebarang tindakan ke atas premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada ketika ini pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan. Di Terengganu ini tidaklah menonjol seperti di tempat-tempat yang lain, ia agak terkawal dan kesannya sangat minima. Pihak kerajaan negeri masih menunggu maklumat yang jelas daripada mereka yang berautoriti menyiasat isu ini.

Mengulas lebih lanjut, Dr Ahmad Samsuri berkata, tindakan menutup premis atau pembatalan lesen perniagaan organisasi tersebut dibuat berdasarkan keputusan fatwa Muzakarah MKI. Sekarang ini premis mereka masih belum ditutup secara rasmi, kerajaan negeri juga masih menunggu sehingga ada keputusan rasmi, difahamkan Muzakarah MKI akan bersidang dalam masa terdekat.

Kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan lagi kerana masih dalam tempoh pendakwaan,  dan perlu teliti dengan lebih lanjut agar tindakan diambil mengikut peraturan yang ada.

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …