Pada 22 September 2024, BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan gula di Kg Pulau Ular, Tumpat, Kelantan.
Serbuan dilakukan pada jam sembilan pagi setelah anggota PGA mengesan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan.
Suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan keretanya. Hasil pemeriksaan menemui lebih 600 paket gula dengan nilai anggaran rampasan sebanyak RM18,680.00.
Gula tersebut dipercayai akan diseludup ke Thailand. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dan hasil rampasan diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi