NEGERI SEMBILAN TUNGGU KETETAPAN JELAS BERKAITAN GISBH – MB

Kerajaan negeri berharap pihak berkuasa agama di peringkat Persekutuan dapat mengeluarkan ketetapan jelas berkaitan GISB Holdings (GISBH). Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ketetapan itu penting untuk memastikan orang ramai dapat memahami keadaan sebenar GISBH.

Ia juga dapat memastikan orang ramai tidak mengeluarkan pandangan sendiri yang boleh menimbulkan kekeliruan berkaitan amalan dalam GISBH terutama berhubung kepercayaan dan ajaran dalam kumpulan terbabit. Ketika ini orang ramai memberikan pelbagai pandangan tentang GISBH di media sosial. Justeru, kerajaan negeri mahukan satu ketetapan atau kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di peringkat Persekutuan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai GISBH. Walaupun siasatan masih berjalan, namun yang penting kita dan orang ramai hendak lihat apa sebenarnya yang berlaku dalam GISBH ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan terus memantau dan meneliti operasi GISBH di negeri ini. Beliau juga ada menerima pandangan daripada beberapa pihak mengenai GISBH termasuk kumpulan Peguam Syarie Negeri Sembilan. Pihaknya menunggu pihak yang berkuasa untuk menyatakan ketetapan mengenai GISBH ini sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut (pengharaman atau sebagainya).

Sebelum ini, Aminuddin menjelaskan kerajaan negeri mengesyaki beberapa sekolah persendirian aliran agama yang tidak berdaftar termasuk yang dikawal GISBH mungkin terkait dengan isu eksploitasi kanak-kanak dan remaja. Ia susulan kejayaan polis yang berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut