BELIA DISARAN MANFAAT PELUANG PERNIAGAAN PELANCONGAN LUAR BANDAR

BELIA: Joniston merakamkan kenangan bergambar bersama peserta selepas merasmikan majlis penutupan program itu.

KIULU: Golongan belia di negeri ini perlu memanfaatkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri pelancongan luar bandar.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, sebagai contoh kawasan Kiulu, sebanyak 400 pekerjaan sepenuh masa dan separuh masa diwujudkan dengan pembukaan lebih daripada 80 perniagaan berkaitan pelancongan di kawasan itu.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu ini berkata, penglibatan berterusan dalam pelancongan akan memastikan kesejahteraan jangka panjang bagi kawasan luar bandar dan komuniti.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Program Pengalaman Perkhidmatan Holistik di sini hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Borneo Utara itu bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang penting dan kepimpinan yang diperlukan dalam industri hospitaliti.

“Manfaatkanlah sepenuhnya pengetahuan mengenai pelancongan dan hospitaliti yang anda peroleh dalam pengajian dengan menceburi perniagaan pelancongan.

“Kiulu menjadi destinasi popular bagi pelancong dan pelajar antarabangsa, terutama untuk kem musim panas,” katanya.

Beliau juga menggalakkan institusi pendidikan tempatan dan pelajar untuk mempertimbangkan Kiulu sebagai destinasi untuk aktiviti pembangunan secara berkumpulan atau sendiri.

Joniston berkata, program seperti itu dapat menyediakan pengalaman akademik dan praktikal yang berharga sambil mendedahkan pelajar kepada sektor pelancongan Sabah yang semakin berkembang.

Turut hadir, Naib Canselor Kolej Universiti Borneo Utara, Prof. Datuk Dr. Azimuddin Bahari.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut