PGA KELANTAN RAMPAS LEBIH 100 RIBU BATANG ROKOK PUTIH

Pada 20 September 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan sindiket penyeludupan rokok di Kg Cherang Melintang, Tumpat, Kelantan.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 12 tengah malam setelah anggota PGA menahan sebuah kenderaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki.

Suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya. Hasil pemeriksaan mendapati lebih 100,000 batang rokok putih tidak bercukai. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 134,000.00 dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut