LADANG SOLAR TASIK KENYIR BAKAL HASILKAN 2,000 MW TENAGA ELEKTRIK

Ladang solar terapung di Tasik Kenyir yang akan dimulakan dalam masa enam bulan akan datang, dijangka dapat menghasilkan sehingga 2,000 MW (megawatt) tenaga elektrik. Kumpulan Terengganu Inc telah mengorak langkah bekerjasama dengan TNB Genco bagi melaksanakan projek berkenaan dengan fasa pertama sebanyak 400MW yang menelan belanja sebanyak RM2 bilion.

Usaha ini selari dengan matlamat kerajaan negeri bagi menghasilkan 1,000 MW bersamaa 1 GW (gigawatt) tenaga dari solar dalam tempoh lima tahun mendatang yang akan meningkatkan kapasiti penjanaan melebihi 30 peratus menjelang tahun 2025. Selain itu, Terengganu turut sama menjayakan agenda nasional dengan menggalakkan semua subsidiari menjana tenaga solar menerusi pemasangan panel di premis perniagaan mereka, sebagai contohnya di Primula Beach Hotel, PESAKA Terengganu Berhad, Permint Plywood, pejabat Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Permai Hotel.

Sementara itu, berkaitan dengan pelaksanaan ladang solar ini, satu Majlis Makan Malam Program Latihan Korporat Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan Terengganu Inc (CDP 2024) di Pusat Konvensyen Duyong Marina. Hadir sama ialah pengasas & pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dato’ Seri Sir Dr Jeffrey Cheah, pengasas & pengerusi Weststar Group of Companies, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim serta mantan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Majlis berkenaan menghimpunkan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat di bawah kerajaan Terengganu dalam persidangan selama sehari. Bertemakan ‘Empowering Tomorrow : Investing In ESG for a Sustainable Future’, Program CDP 2024 akan berlangsung dengan lima sesi pembentangan dan satu sesi forum yang akan dibarisi oleh panelis yang berkaliber daripada pelbagai bidang dan kepakaran.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut