SWITZERLAND, SABAH KOLABORATIF TINGKATKAN PEMBANGUNAN MAMPAN

LAWAT: Ralph ketika mengadakan lawatan ke Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Switzerland dan Sabah mengadakan kolaboratif bagi meningkatkan amalan mampan dalam sektor minyak sawit di negeri ini.

Kerjasama itu membabitkan kedutaan Switzerland di Malaysia dengan Pejabat Hasil Bumi dan Jabatan Perhutanan Sabah, Sekretariat Minyak Sawit Lestari (JASPO), Forever Sabah, WWF-Malaysia dan Sawit Kinabalu.

Timbalan Ketua Misi Kedutaan Switzerland di Malaysia, Ralph A. Stamm berkata, pihaknya komited mempromosikan pembangunan mampan di peringkat global.

“Pendekatan Bidang Kuasa Sabah dilihat sebagai inisiatif perintis untuk menjadikan pengeluaran minyak sawit mampan pada skala seluruh negeri.

“Kami sangat menyokong kerjasama ini dengan matlamat untuk meningkatkan kehidupan pekerja dan komuniti mereka sambil melindungi hutan serta ekosistem yang terdedah,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kota Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Hasil Bumi Sabah Sernam Singh berkata, JASPO adalah bukti komitmen Sabah terhadap kemampanan.

“Melibatkan diri dengan pelbagai pihak berkepentingan memastikan industri minyak sawit kita boleh berkembang maju sambil melindungi ekosistem dan menghormati hak masyarakat tempatan,” katanya.

Kemuncak pertemuan itu adalah berkongsi pandangan dan menggariskan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanan inisiatif JASPO pada masa depan.

Kedutaan Switzerland di Malaysia mengesahkan komitmennya untuk menyokong usaha Sabah melalui tindakan kolaboratif, bantuan teknikal, pembinaan kapasiti, dan memupuk perkongsian antarabangsa.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …