SENI RODAT

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan seni persembahan warisan Melayu Tradisonal yang masih aktif hingga kini dan tidak kurang juga sebahagian daripadanya hanyut dibawa arus kemodenan. Namun pun begitu setiap negeri di Malaysia mempunyai identity seni budaya mereka tersendiri yang masih kekal dan dikembangkan hingga ke hari ini. Contoh di Terengganu, salah satu negeri yang unik dengan kelembutan lenggok dan nyanyian rodat.

Rodat merupakan hiburan tradisi yang mempunyai fungsi sosial berhubung dengan pengisian kehidupan bermasyarakat. Pantun dan sajak yang dinyanyikan dalam persembahan rodat mempunyai peranan dan pengaruh yang akan signifikan. Pantun yang dinyanyikan dalam nyanyian rodat ini dijadikan dalam bentuk nasihat, adat, berbudi Bahasa, jenaka, kasih saying yang disampaikan dalam Bahasa yang berirama serta indah dan mengasyikkan.

Seni persembahan tradisional ini adalah satu bentuk persembahan kesenian yang popular di kalangan masyarakat Terengganu. Rodat biasanya dipersembahakan di dalam majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara, berkhatan, musim menuai, hari keputeraan Sultan dan di pesta-pesta kebudayaan. Seni persembahan ini dipersembahkan dalam bentuk tarian, nyanyian serta palian alat muzik yang dipanggil rebana tar atau tar rodat.

ASAL-USUL

Menurut satu catatan di dalam Buletin Warisan (Mac 1979), Persatuan Sejarah Malasyia Terengganu ada menyebut bahawa di awal abad ke 19 didapati telah ada pedagang-pedagang dari Sambas dan Pontianak telah datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas. Anak-anak kapal berkupul dalam kumpulan lebih kurang 20 orang sambal menyanyi-nyanyi (rodat) diiringi dengan sebuah alat muzik yang dipanggil rebana tar hingga lewat malam. Alunan lagu (rodat) serta suara lunak bersama-sama tepukan alat muzik tersebut, telah menarik penduduk tempatan (Terengganu) untuk mempelajari persembahan ini sehingga ianya menjadi sebati dan tersohor serta telah berkembang dalam masayarakat Terengganu khususnya. Sesetengah pendapat ada menyatakan bahawa seni persembahan rodat ini berasal dari Tanah Arab. Kenyataan ini diperkukuhkan apabila dilihat perkata rodat itu sendiri wujud dalam perbendaharaan kata Arab yang membawa maksud berulang alik, bersahut-sahutan, bersatu kembali di mana isinya dipetik dan disalin daripada sebuah kitab yang diberi nama Hadrah. Seni tradisional rodat ini adalah keunikan dari segi persembahan dan mesej yang ingin disampaikan serta diperkuatkan lagi dengan seni yang berunsurkan Islam serta sangat dihormati kerana merakamkan pujian kepada Tuhan dan sejarah hidup para Rasul.

Kampung yang mula-mula diperkenalkan seni rodat di daerah Kuala Terengganu adalah di Kampung Pasir Panjang dan Gong Tok Nasek. Setelah seni rodat ini masyhur dan popular di kalangan penduduk di Kuala Terengganu, inya telah tersebar di tempat-tempat lain seperti di Kampung Surau Panjang, Beladau, Kepong, Paya Resak dan beberapa tempat-tempat lain lagi. Pada hari ini, hanya terdapat beberapa buah kumpulan  rodat sahaja yang masih aktif menjalankan aktiviti persembahan ini tertutamanya di daerah Kuala Terengganu. Sebahagian yang lain telah berkubur begitu sahaja tanpa diwariskan kepada golongan muda.

PERSEMBAHAN RODAT

Persembahan rodat terdiri daripada beberapa peringkat atau fasa persembahan. Di awal penubuhan kumpulan rodat di Terengganu hanya terdapat dua (2) watak atau kumpulan utama iaitu kumpulan pengadi selaku penepuk tar yang terdiri daripada golomgan lelaki dan kumpulan pelenggok sebagai penyanyi dan penari  yang juga golongan lelaki.

Di era 40-an telah berlaku perubahan dengan memperkenalkan watak mak inang sebagai penari dan penyanyi yang terdiri daripada golongan wanita.

Struktur kumpulan utama  rodat adalah dibahagikan seperti berikut:

  • 9 oarang pengadi
  • 12 orang pelenggok
  • 5 orang mak inang

Bilangan pengadi, pelenggok dan mak inang biasanya tidak tetap dan biasanya ianya mengikut kesesuaian satu-satu majlis.

Warisan kesenian rodat telah meniti satu zaman pertumbuhan, perkembangan serta perubahan yang amat panjang iaitu lebih daripada satu abad yang lalu. Ciri-ciri keunikan rodat yang tersendiri sememangnya sukar ditandingi, apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan kesenian moden hari ini. Justeru, tidak hairanlah jika persembahan rodat masih bertahan serta masih mendapat tempat di hati segenap lapisan masyarakat khususnya di negeri Terengganu Darul Iman hingga ke saat ini.

Tidak keterlaluan juga jika disimpulkan bahawa rodat boleh kembali menjenguk zaman gemilangnya seperti dahulu jika ada benih kesedaran oleh pelbagai pihak tehadap pengisian sebenar kesenian tersebut. Sumbangan rodat dalam konteks sosial bukanlah kecil, malah ia banyak menjana ke arah kesempurnaan dalam kehidupan yang juga harus dilihat dan dinilsi oleh semua pihak secara positif.

Kerajaan Negeri Terengganu terus komited dalam memulihara seni warisan tradisional seperti gamelan dan rodat agat tidak lenyap di telan zaman. Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan melaksanakan inisiatif penting bagi memastikan seni warisan ini sentiasa di arus zaman dan diwarisi generasi muda.

Jabatan Pelancongan dan Jabatan Pendidikan telah memberi pinjaman satu set alat gamelan yang berharga RM25,000.00 hingga RM30,000.00 kepada empat (4) buah sekolah yang terpilih untuk mereka mempelopori seni gamelan dan rodat. Inisiatif ini bertujuan memperkenalkan dan memperluaskan seni gamelan dalam kalangan pelajar selain memastikan seni tradisional tersebut terus dipelihara.

Sumber:

  1. Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan

Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, 2003.

  1. my, Rohayati Ripin,18 September 2024.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut