Pada 18 September 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan daging khinzir di Kg Mentua, Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dilakukan pada tengah malam ke atas sebuah lori Isuzu yang membawa lebih 4000 kg daging khinzir tanpa dokumen sah, dipercayai diseludup dari Thailand.
Seorang lelaki tempatan ditahan sebagai suspek. Nilai rampasan dianggarkan RM 152,000.
Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953, dan suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi