NAHAS 10 KENDERAAN: PEMANDU LORI POSITIF URIN DIREMAN DUA HARI

Pemandu lori yang dilaporkan menjadi punca kemalangan membabitkan 10 kenderaan dan turut mengakibatkan seorang maut berhampiran Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Jalan Seremban-Tampin dekat sini direman dua hari bermula pada Khamis.Permohonan reman terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dibuat di hadapan Majistret, Marlissa Mohd Fahmy.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din, hasil ujian urin ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methaphetamine. Menurutnya, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, mengenai kemalangan berkenaan, beliau berkata, kejadian pada jam 1.25 petang itu melibatkan lapan kereta dan dua lori muatan batu gunung. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan berkenaan bergerak perlahan, pada masa sama datang sebuah lori jenis Hino muatan batu gunung dipandu suspek dari arah Tampin ke Seremban dipercayai telah hilang kawalan. Berikutan itu lori telah terbabas dan melanggar kenderaan yang berada di hadapannya sehingga menyebabkan kenderaan lain yang berada di situ melanggar satu sama lain.

Susulan itu seorang lelaki berusia 31 tahun iaitu pemandu kereta jenis Proton Iswara disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit dalam kenderaannya kerana dihempap lori terbabit. Selain itu, seorang wanita berusia 48 tahun parah iaitu patah tangan kanan manakala lain-lain mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut