MESYUARAT PERTAMA JEMAAH MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MERDEKA

Pada 10 September dalam tahun 1957, Mesyuarat Pertama Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu diadakan di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan buat kali pertama sejak negara mencapai kemerdekaan ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri. Selain YTM Tunku, barisan jemaah menteri yang hadir ialah:

  • YAB Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan
  • YB Encik Abdul Aziz bin Ishak – Menteri Tanaman
  • YB Tuan V. T. Sambanthan – Menteri Kesihatan
  • YB Sir Henry Haushik Lee – Menteri Kewangan
  • YB Encik Sulaiman bin Dato’ Abdil Rahman – Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman
  • YB Encik Sardon bin Haji Jubir – Menteri Kerjaraya, Pos dan Telikom
  • YB Tuan Ong Yoke Lin – Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat
  • YB Encik Abdul Rahman bin Bali Talib – Menteri Kenderaan
  • YB Encik Mohamad Khir Johari – Menteri Pelajaran
  • YB Tuan Tan Siew Sin – Menteri Perdagangan dan Perusahaan
  • YB Encik Bahaman bin Samsuddin – Menteri Hasil Bumi

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …