LAWATAN CHULALONGKORN KE TERENGGANU

Pada 7 September dalam tahun 1888, Raja Siam, Chulalongkorn (Rama V) telah tiba di pelabuhan Kuala Terengganu. Inilah kali pertamanya seorang Raja Siam mengadakan lawatan persahabatan ke Terengganu dan Tanah Melayu. Lawatan selama 2 hari ini telah disertai oleh pembesar-pembesar dan pengiring-pengiringnya dalam satu rombongan yang terdiri dari 6 buah kapal. Ketibaan rombongan Raja Chulalongkorn ini telah disambut dan dialu-alukan oleh Sultan Terengganu, Raja Muda Tengku Abbas dan pembesar-pembesar Terengganu di pelabuhan Kuala Terengganu. Rombongan lawatan Siam, kemudian diraikan di balai khas dengan majlis santapan diraja dan berbagai-bagai acara meriah. Tembakan meriam 21 das telah ditembak sebagai menandakan penghormatan kepada rombongan diraja Siam. Di samping itu kedua-duanya telah bertukar-tukar hadiah persembahan. Raja Siam juga telah mengurniakan berbagai hadiah kepada kerabat diraja Terengganu dan pembesar-pembesar. Rombongan Raja Siam ini kemudian telah meneruskan lawatannya dengan melawat ke Kampung Cina. Setelah dua hari, berada di Terengganu rombongan tersebut berangkat pulang ke Siam. Lawatan pertama ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negeri, ini terbukti dengan lawatan kedua Chulalongkorn pada tahun 1890.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …