KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA

Mendepani era modenisasi dan globalisasi telah membuatkan kita alpa dan leka mengejar kemajuan teknologi dan membina bandar serta pencakar langit yang tidak memberikan impak begitu signifikan kepada negara. Mungkin ada sebahagian individu yang melihat bahawa kemajuan adalah apabila kita mempunyai bandar yang tersergam indah dan masyarakat hidup dikelilingi gajet berteknologi tinggi.

Sebaliknya, keseimbangan dalam pelbagai industri akan membuatkan negara kita maju dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Misalnya di negara Jepun dan Korea Selatan, setiap industri seperti teknologi, pertanian, perindustrian dan pelancongan dibangunkan bersama-sama. Salah satu sektor yang berpotensi besar dalam meningkatkan kemajuan dan ekonomi negara adalah sektor pertanian. Sektor yang sebelum ini dipandang enteng dan kurang diberi perhatian sebenarnya mempunyai kepentingan yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada negara malah kepada masyarakat tempatan dan juga alam sekitar.

Industri pertanian mempunyai potensi yang besar untuk menjadi antara punca ekonomi negara. Indeks imbangan perdagangan dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan kewangan negara melalui pembangunan sektor pertanian. Hal ini disebabkan sector pertanian dijadikan bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit.

Negara perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran sumber makanan dan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan yang memberi kesan negatif terutamanya terhadap sektor ekonomi. Pemerkasaan sektor pertanian yang dilakukan secara berterusan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada import pertanian yang dilihat semakin menaik setiap tahun.

Golongan peladang, penternak dan nelayan diiktiraf sebagai wira negara bersesuaian dengan jasa dan kepentingan golongan berkenaan dalam menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi buat rakyat.

Kepentingan golongan itu juga seiring dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang diberi tumpuan ketika ini dalam menjamin sumber makanan negara melebihi paras mencukupi.

Secara keseluruhannya, kerajaan perlulah mengambil langkah menyeluruh, bersepadu dan segera untuk memastikan keselamatan makanan negara tidak lagi bergantung kepada bekalan import semata-mata. Jadi, sektor pertanian perlulah lebih diberi perhatian dengan lebih terperinci untuk dimajukan kerana sektor ini adalah penyelamat terutama ketika negara sedang mengalami krisis ekonomi dan untuk memastikan keterjaminan makanan pada masa hadapan.

Konklusinya, pelbagai kepentingan sektor pertanian yang menyumbang kepada negara dan juga nusa bangsa. Masyarakat harus membuang stigma lama bahawa bertani hanya untuk orang kampung dan tidak mampu menjadi kerjaya yang stabil. Kita hanya memerlukan pentadbiran yang efisien dan proaktif yang mampu mengumpulkan tenaga kerja serta pakar untuk membentuk ekosistem pertanian domestik yang unggul. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni hanya jauhari mengenal manikam. Teknokrat dan golongan professional seharusnya menjadi pemacu setiap industri dalam negara bukannya golongan eksekutif yang tidak serba tahu-menahu dan hanya mengejar kepentingan sendiri atau jangka masa pendek. Golongan professional dan teknokrat ini lebih layak kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam. Malahan mereka telah mendedikasikan hidup mereka ke dalam bidang yang mereka ceburi. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Semoga setiap golongan membuka mata dan menyedari potensi sektor pertanian dalam negara serta mengambil serius dalam menjaga kepentingan sektor tersebut untuk kemaslahatan besama.

Ecentral

Berita harian

Ipendidikan

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut