Hampir semua jenis makanan di Malaysia memerlukan bawang merah. Namun, tidak ramai individu mengetahui tentang khasiat bawang merah kepada kesihatan manusia. Ia sumkkkdah digunakan secara berkurun lamanya untuk merawat pelbagai penyakit termasuk juga digunakan dalam rawatan tradisional.
Manfaat yang boleh diperolehi daripada bawang ini:-
- Menguatkan sistem ketahanan badan.
- Bawang merah kaya dengan vitamin C yang merupakan sejenis antioksidan.
- Vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.
- Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan.
- Kandungan quercetin dan antosianin di dalamnya dipercauai mampu melawan dan menghancurkan sel kanser dalam badan.
- Mengandungi selenium yang dipercaya mampu meningkatkan sistem imun.
- Membantu penghadaman.
- Bawang ini kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan system penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.
- Serat juga membersihkan usus serta membuang kotoran di dalam badan dan mencegah masalah sembelit.
- Mengandungi bahan kimia saponin yang boleh mengurangkan sakit dan kekejangan perut
- Antipenuaan
- Punca penuaan adalah pengumpulan radikal bebas di dalam badan.
- Disamping membekalkan antioksidan, ia juga merangsang penghasilan antioksidan di dalam badan.
- Membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.
- Tingkatkan hemoglobin
- Hemoglobin adalah sejenis protein di dalam sel darah merah yang dihasilkan daripada zat besi.
- Berfungsi membawa oksigen di dalam darah.
- Bawang merah mengandungi kadar zat besi yang baik.
- Ia sekali gus membantu meningkatkan zat besi serta hemoglobin di dalam badan.
- Penghidap anemia mempunyai kadar hemoglobin yang rendah.
- Mengawal kadar glukosa
- Mineral kromium di dalam bawang membantu mengawal kadar gula dalam darah.
- Sangat penting bagi individu yang mengalami diabetes atau prediabetes.
- Sulfur di dalamnya pula merangsang penghasilan insulin.
- Khasiat ini adalah bermanfaat khusus bagi mereka yang mengalami kencing manis.
- Sebatian khusus yang terdapat dalam bawang seperti sebatian quercetin dan sulfur, mempunyai kesan antidiabetic.
- Mencegah keradangan
- Kandungan quercetin pada bawang merah dipercayai dapat meredakan radang.
- Membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kepala yang disebabkan selsema dan hidung tersumbat.
- Disebabkan kandungan sulfur pada bawang merah yang mampu memecahkan mukus.
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Kandungan flavonoid pada bawang merah ini dapat membantu fungsi jantung.
- Kandungan organosulfur pada bawang ini dapat mencegah risiko munculnya penyakit kardiovaskular.
- Bawang merah juga merupakan bahan masakan paling popular yang mengandungi tiosulfinat yang dapat mengurangkan dan menurunkan risiko penyakit strok(angin ahmar)
- Meningkatkan kualiti tidur
- Bawang merah mempunyai probiotik yang dapat membantu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan.
- Terdapat bakteria baik dalam bawang merah ysng dipercayai dapat merangsang fungsi otak dengan lebih baik.
- Baik untuk mata
- Sulfur yang terdapat pada bawang merah ternyata baik untuk kesihatan mata.
- Zat tersebut mampu merangsang produksi protein iaitu glutathione yang berperanan sebagai anti oksidan.
- Vitamin E yang terkandung pada bawang merah sangat baik untuk mata.
- Ketumpatan tulang
- Produk tenusu merupakan antara makanan terbaik yang dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan tulang. Tetapi, bawang juga dipercayai dapat menyokong pertumbuhan tulang yang kuat.
- Bawang merah ini berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan oksidatif, meningkatkan tahap antioksidan dan mengurangkan kehilangan tulang, mencegah osteoporosis dan meningkatkan ketumpatan tulang.
- Melawan bakteria
- Boleh melawan bakteria berbahaya seperti E.Coli antaranya.
- Ekstrak bawang menunjukkan ia membantu menghalang pertumbuhan Vibrio cholerae, bakteria yang menjadi kebimbangan kesihatan awam utama di negara yang membangun.
- Quercetin yang diekstrak dari bawang dipercayai menjadi satu kaedah yang sangat kuat untuk melawan bakteria.
- Melawan bakteria
- Memakan sayuran seperti bawang putih atau bawang merah dipercayai mempunyai kaitan untuk mengurangkan risiko kanser tertentu seperti kanser perut dan kanser kolorektal.
- Mengandungi fisetin dan quercertin, antioksidan flavonoid yang dipercayai boleh menghalang pertumbuhan tumor.
- Merawat gigi
- Bawang mentah sememangnya boleh membuatkan nafas kita berbau. Tetapi dalam masa yang sama ia amat berguna untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mulut.
- Khasiat bawang merah mentah dipercayai dapat menguatkan gigi dan dalam masa yang sama menghilangkan bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.
- Asma
- Bawang mempunyai kesan anthistamin kerana terdapat quercetin, antioksidan yang bertindak seperti anthistamin dan agen antiradang.
- Dipercayai dapat membantu mengurangkan asma kera ia bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan menunjukkan bahawa quercetin meyebabkan bronkus iaitu saluran pernafasan untuk menjadi lebih luas.
Sumber : hello doktor