Dalam alaf moden ini, kesihatan badan merupakan salah satu aspek yang amat penting dan tidak boleh diabaikan oleh manusia. Namun begitu statastik telah menunjukkan tahap kesihatan rakyat Malaysia telah menurun dari semasa ke semasa. Rutin kehidupan manusia hari ini sudah jauh berubah berbanding 10 atau 20 tahun yang lalu. Kebanyakan kita kini ‘terperangkap’ dalam kesibukan kerja yang menuntut penyelesaian segera sehingga bukan sahaja menjejaskan masa bersama keluarga, tetapi juga waktu untuk makan dan minum dengan sempurna.
Lantaran disebabkan kesibukan itu bukan sangat asing apabila ramai daripada kita memilih makanan segera untuk mengisi kelaparan. Selain itu, menjaga amalan pemakanan juga diperlukan bagi membentuk hidup yang sihat. Dalam pada itu, amalan tersebut boleh membantu kita mengawal tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Kecenderungan memilih makanan segera menyebabkan ia menjadi sangat laris, malah ada yang dijual di restoran besar. Hal sedemikian adalah petanda makanan segera sudah mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak di negara ini.
Kecenderungan itu menjadikan pengambilan makan segera seakan sudah menjadi gaya hidup. Malah ia bukan berlaku sehari dua, tetapi sudah puluhan tahun. Ramai sering berkongsi mengenai amalan pemakanan sihat di media sosial berkaitan hidangan sarapan, tengah hari dan makan malam terutama mereka yang mengidamkan menu makanan sihat.
Pemakanan sihat bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan tetapi lebih kepada kesihatan seperti jumlah kalori dan kualiti makanan. Banyak penyakit kronik boleh dielak dengan mengamalkan pemakanan sihat daripada sumber semula jadi. Pemakanan menjadi faktor penting mengekalkan kesihatan yang baik seperti diamalkan di negara yang rakyatnya hidup lama, iaitu Jepun dan negara Mediterranean.
Penyakit kronik berkaitan diet yang tersebar luas seperti obesiti, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular adalah sangat tinggi sejak beberapa dekad yang lalu. Punca utama penyakit berkaitan gaya hidup ini berkait dengan tabiat pemakanan kurang sihat dan gaya hidup sedentari semakin diterima ramai. Makan secara sihat membantu anda dan keluarga mendapatkan nutrisi yang betul untuk badan sambil mencegah kekurangan nutrisi dan penyakit kronik berkaitan diet.
Daripada sudut penyakit kronik, pengambilan serat yang lebih adalah aspek yang penting dalam makanan seimbang. Serat berupaya untuk meningkatkan isipadu makanan tanpa penambahan kalori. Ini membolehkan serat untuk menghasilkan rasa kenyang yang sama dengan pengambilan kalori yang lebih banyak, sekali gus mendorong seseorang itu untuk berasa kenyang dengan lebih lama dengan kalori yang lebih rendah.
Kesimpulannya, amalan pemakanan yang sihat amat penting kepada semua orang termasuklah golongan kanak-kanak, muada-mudi dan orang tua. Oleh itu semua pihak harus mengambil tindakan positif untuk mengubah amalan pemakanan yang tidak sihat supaya masyarakat yang sihat sepanjang hayat dapat dilahirkan untuk memajukan bangsa dan negara yang tercinta
Berita harian
Hello doctor