KPDN KELANTAN TAHAN LELAKI WARGA ASING DALAM CUBAAN SELUDUP PETROL

TANAH MERAH 16 September 2024 : Sekitar jam 4:10 petang kelmarin, Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan mengadakan operasi cegah penyelewengan barang kawalan, dikenali sebagai Ops Tiris, di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.
Operasi ini dilaksanakan berikutan maklumat risikan mengenai aktiviti penyelewengan oleh warga asing yang menggunakan modus operandi membeli dan mengisi minyak petrol dalam kuantiti besar secara berulang ke dalam tangki yang diubah suai menggunakan kenderaan berdaftar tempatan.
Suspek yang dikesan keluar dari sebuah stesen minyak di Tanah Merah telah diikuti sehingga memasuki sebuah bangunan pelancongan berhampiran Kompleks ICQS Bukit Bunga.
Pasukan penguatkuasa kemudian membuat serbuan dan menahan seorang lelaki warga asing berumur 24 tahun dengan pas lawatan sementara.
Pemeriksaan mendapati kenderaan suspek mempunyai tangki tambahan yang diubah suai di bawah tempat duduk penumpang, yang disyaki digunakan untuk memuatkan minyak petrol bagi tujuan penyeludupan.
Dalam soal siasat awal, pemandu mengaku telah membuat pembelian dan pengisian minyak sebanyak empat kali di stesen yang sama pada hari tersebut.
Kenderaan jenis Proton Waja yang disita didapati mengandungi anggaran 146 liter minyak petrol yang dirancang untuk diseludup keluar ke negara jiran untuk dijual semula.
Suspek ditahan dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bagi tujuan siasatan lanjut mengenai kesalahan penyelewengan barang kawalan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …