239 PTI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL

PULANG: Sebahagian PTI yang dihantar pulang dari Pelabuhan Tawau.

TAWAU: Seramai 239 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia termasuk 12 kanak-kanak dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk dihantar pulang ke negara asal.

Semua PTI terbabit adalah tahanan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau yang dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, program pemindahan tahanan itu adalah siri ke-14 untuk kategori usir melalui jalan laut bagi tahun ini.

Katanya, pemindahan berkenaan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu dan serta Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

“Penghantaran pulang tahanan kali ini membabitkan 186 lelaki dan 41 wanita serta 12 kanak-kanak bersama Ibu bapa atau waris masing-masing.

“PTI berusia antara dua hingga 72 tahun itu dihantar pulang menggunakan perkhidmatan feri di sini, ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan di Indonesia.

“Mereka sebelum ini ditahan di Depot Imigresen, selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Bercakap lanjut, Siti Saleha berkata, hukuman dikenakan adalah berdasarkan proses perundangan negara, sehingga kepada tindakan pemindahan keluar ke negara asal.

Katanya, kekerapan program pemindahan PTI warganegara Indonesia yang dilaksanakan oleh JIM Sabah juga adalah tertakluk dengan kerjasama strategik daripada pihak Konsulat Republik Indonesia Tawau dalam mempercepatkan proses dokumentasi bagi tahanan.

“Program pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

“JIM Sabah komited melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemindahan Pati setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut