Tak Semua Sama
Dalam hidup, tak semua orang yang nampak baik, benar-benar baik untuk kita. Seperti garam dan gula, nampak rupa keduanya sama tapi sebenarnya rasanya berbeza.
Begitu juga dengan kawan-kawan, ada yang memberi pengaruh positif, ada yang mungkin membawa kita ke arah yang salah. Kesilapan orang selalunya bila memilih kawan hanya mencari yang selesa dan sekepala tanpa memikirkan nilai positif atau negatif dalam diri individu tersebut.
Pilihlah sahabat yang membimbing ke arah kebaikan, yang menyokong ketika susah dan tidak hanya ada ketika senang. Jangan biarkan diri terjebak dengan kawan yang hanya mengajak kepada perkara negatif. Kualiti persahabatan jauh lebih penting daripada kuantiti. Biar Tak Ramai Kawan, Jangan Salah Pilih Kawan!!!
Jadi, sentiasa berhati-hati dalam memilih siapa yang berada di sisi kita, kerana mereka boleh mempengaruhi hidup kita lebih daripada yang kita sangka.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layariย adk.gov.myย untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
Sumber: AADK