Kerja-kerja penambahbaikan sistem pengairan dan perparitan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSMIV) sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Oktober nanti.
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad berkata, projek menaiktaraf stadium itu terus dilaksanakan sejurus pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan.
“Saya mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dan Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja-kerja penambahbaikan stadium ini.
Sumber: UPKN Kelantan