MARITIM NEGERI KELANTAN DAN POLIS MARIN DIRAJA THAILAND TINGKATKAN KERJASAMA MELALUI OPERASI BERSAMA

Maritim Negeri Kelantan bersama Royal Thai Marine Police telah melaksanakan satu operasi rondaan bersama di sekitar perairan sempadan Malaysia-Thailand pada 9 September 2024.

Operasi yang bermula pada pukul 9 pagi itu telah melibatkan lebih 50 orang pegawai dan anggota yang turut disertai oleh para pegawai dan anggota dari Thai Border Patrol Police, Thai Army Border serta Thai Custom Department.

3 buah aset Maritim Negeri Kelantan iaitu bot PERKASA 1232, PERKASA 1233 dan PERKASA 1247 bersama sebuah bot peronda dari Royal Marine Thai Police telah digunakan sepanjang operasi tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, Operasi rondaan bersama ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama diantara Maritim Negeri Kelantan dengan agensi-agensi sahabat dari negara Thailand yang turut menguatkuasakan undang-undang di perairan sempadan.

Selain itu, Operasi ini juga bertujuan untuk menjadi salah satu platform bagi kesemua agensi yang terlibat untuk berkongsi maklumat, meningkatkan koordinasi, dan mengukuhkan hubungan dua hala dalam usaha untuk memastikan keamanan dan keselamatan perairan sempadan dan komuniti maritim dari kedua-dua negara sentiasa terjaga.

Pemeriksaan terhadap vesel-vesel yang beroperasi di sekitar kawasan perairan sempadan turut dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta langkah-langkah keselamatan ketika dilaut sentiasa dipatuhi.

 

Sumber: Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut