#KOPIKHAMIS: WATIKAH PEMASYHURAN MALAYSIA

Watikah Pemasyhuran Malaysia

Berikut merupakan antara isi kandungan yang terkandung di dalam watikah berkenaan:
“Maka dengan Nama Allah Yang Maha Murah Lagi Maha Mengasihani, saya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang Di-Pertuan Negara Singapura, Yang Terutama Yang Di-Pertua Sabah dan Yang Terutama Gabenor negeri Sarawak dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada 16 haribulan September tahun 1963 bersamaan dengan 28 haribulan Rabiulakhir tahun Hijiriyah 1383, Malaysia yang mengandungi negeri Pahang, negeri Terengganu, negeri Kedah, negeri Johor, Negeri Sembilan, negeri Kelantan, negeri Selangor, negeri Perak, negeri Perlis, negeri Pulau Pinang, negeri Melaka, negeri Singapura, negeri Sabah dan negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbil ‘Alamin akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.”

Sumber: Arkib Negara, Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut