OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN AYAM SEJUK BEKU

PASIR MAS 9 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan ayam sejuk beku yang dikesan di sekitar kawasan Pasir Mas, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 8 PGA apabila menahan sebuah kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan rondaan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Proton mendapati lebih 60 kotak ayam sejuk beku ditemui di dalam kereta tersebut tanpa dokumen yang sah. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup ayam tersebut dari Thailand ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 9,750.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …