TUMPAT 10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kecantikan yang dikesan di sekitar kawasan Tumpat, Kelantan.
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menjumpai beberapa kotak yang dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai produk kecantikan ditemui tanpa dokumen yang sah. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 15,234.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan-peraturan Dadah dan Kosmetik 1984. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi