#SANTAISELASA: AKOK

Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi zaman dahulu yang terkenal di Malaysia, terutama sekali di kawasan Pantai Timur.

Terdapat beberapa jenis kuih Akok yang kebiasaannya berbentuk bujur, mengikut acuan buah ulu dan Akok bunga atau dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok mempunyai rasa yang manis dengan aroma adunan telur.

Rahsia menghasilkan kuih akok yang lazat serta membangkitkan selera adalah menerusi sukatan bahan-bahan yang tepat.

Teknik atau proses yang digunakan untuk membakar kuih Akok juga sangat penting bagi memastikan Akok yang disediakan enak untuk dimakan.

Kuih Akok merupakan kuih tradisional yang cukup terkenal di negeri Kelantan. Perbezaan yang boleh dilihat dengan kuih-kuih yang lain di Kelantan ialah kuih Akok tidak terlalu manis, lembut dan juga rasa yang berlemak.

Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wanita Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut