BENGKEL KIMPALAN BUAT SAMBUNGAN HARAM SELEPAS BEKALAN AIR DIPOTONG

Sebuah bengkel kimpalan di Ulu Beranang,Lenggeng dekat sini dipercayai membuat penyambungan bekalan air secara haram selepas bekalan tersebut dipotong akibat tunggakan pembayaran dua tahun lalu.

Menurut Pengarah Unit Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop, premis berkenaan sebelum ini mempunyai akaun bekalan air yang sah berdaftar dengan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Bagaimanapun bekalan air itu telah dipotong pada 18 Julai 2022 kerana mempunyai tunggakan bil berjumlah RM2,186.60.

Penyambungan bekalan air tidak sah ini dikesan berdasarkan risikan kira-kira sebulan lalu sebelum satu operasi penguatkuasaan secara mengejut dilakukan hari ini di lokasi. Dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan, SPAN mendapati terdapat satu sambungan dengan menggunakan paip HDPE berukuran 25 millimeter secara terus daripada paip utama Sains. Sambungan yang disyaki tidak sah ini telah menyalurkan bekalan air ke dalam premis yang dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti harian mereka. Berikutan itu, perbuatan ini menyebabkan kerugian kepada Sains lebih kurang RM30,000.

Kes ini seterusnya di siasat mengikut Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak SPAN. Di bawah seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), jika bekalan air ke mana-mana premis telah dipotong oleh pemegang lesen pengagihan air dan didapati bahawa bekalan itu disambungkan semula tanpa kebenaran pemegang lesen pengagihan air itu, maka seseorang itu dianggap telah melakukan suatu kesalahan. Pihaknya kini sedang mengesan pemilik premis terbabit untuk tindakan lanjut susulan ketika operasi dilakukan hanya terdapat penjaga atau pengawal yang berada di lokasi.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …