Kabinet telah meluluskan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Program Residensi Rakyat (PRR).
KPKT mendukung hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina sehingga 500,000 unit kediaman perumahan awam, yang sekali gus menyaksikan penjenamaan semula PPR kepada PRR.
Usaha itu adalah bagi langkah penambahbaikan, dengan menyuntik ciri-ciri lebih mesra alam, kondusif, berdaya huni dan lebih bersepadu, yang akan diperkenalkan di bawah konsep baharu PRR.
Sementara itu KPKT memperuntukan hampir RM1 bilion bagi projek perumahan awam melibatkan kediaman PPR, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan juga Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) di seluruh negara tahun ini.
Sumber: Bernama