OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN PELBAGAI BARANG KOSMETIK

PENGKALAN KUBOR 6 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kecantikan yang dikesan di sekitar kawasan Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan di sekatan jalan raya semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Toyota mendapati pelbagai produk kecantikan ditemui di dalam kereta tersebut tanpa dokumen yang sah. Suspek seorang lelaki warga tempatan bersama 2 orang warganegara Kemboja dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup produk kecantikan tersebut dari Thailand ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM13, 086.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan-peraturan Dadah dan Kosmetik 1984. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut