KPDN KELANTAN TAHAN LELAKI CUBA SELUDUP KELUAR MINYAK MASAK, GULA

Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan selepas disyaki cuba menyeludup keluar 374 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi bernilai RM935 dan 264 kg gula pasir kasar bernilai RM910.80 hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata tangkapan dilakukan dalam Operasi Bersepadu KPDN dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di Kampung Pasir Puteh, Cabang Empat, Tumpat pada 7.30 pagi ini.

“Semasa operasi tersebut seorang lelaki yang dilihat mencurigakan telah ditahan di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Perodua Kancil diletakkan berdekatan menemukan barangan bersubsidi berkenaan yang disyaki mahu diseludup ke Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan sebanyak RM6,845.80 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

 

Sumber: Bernama, KPDN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut