Pintu gerbang di bumi Kelantan sangat sinonim kerana ia telah menjadi sebahagian kekayaan senibina negeri Kelantan sejak zaman dahulu lagi. Ia adalah binaan yang didirikan bersambungan dengan pagar di sekeliling rumah atau pada serambi Istana.
Di Kelantan dan Pattani, pintu gerbang merujuk kepada garisan sempadan rumah (pagar). Manakala gerbang pintu atau pintu tangga iaitu ‘nakula’ merujuk kepada gerbang yang terletak di serambi dan jemuran Istana atau rumah bangsawan. Jika dilihat pada hadapan gerbang, ia mempunyai bentuk mahkota di atasnya yang dipanggil ‘meleh’.
Setiap gerbang mempunyai bumbung yang berfungsi untuk melindungi ukiran pada kayu daripada mereput. Penggunaan bumbung ini juga bergantung pada saiz gerbang dan kegunaannya. Di Istana Raja, gerbang utama dibina lebih besar, tak berbumbung dan mempunyai bukaan besar untuk laluan gajah.

Sumber: Friends of IMPAK, Koleksi Buku Warisan Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan