KDN HARAP LEBIH BANYAK PERUNTUKAN UNTUK BAITUL MAHABBAH

Seramai 340 kanak-kanak menghuni Baitul Mahabbah sejak ditubuhkan setahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata daripada jumlah itu, 84 kanak-kanak sudah dihantar pulang ke negara asal mereka.

“Selain kanak-kanak itu dipantau, mereka juga disediakan kelas mengaji, membaca dan mengira,” katanya selepas merasmikan Baitul Mahabbah Tanah Merah, di sini, hari ini.

Sehingga kini empat Baitul Mahabbah sudah dibuka di Kelantan manakala dua lagi akan dibuka selepas ini.

“Dua lagi yang akan dibuka adalah di Johor dan Kedah. Untuk di Kelantan setakat ini terdapat 17 kanak-kanak membabitkan 10 lelaki dan tujuh perempuan termasuk dari negara Afghanistan.

“Untuk Baitul Mahabbah bagi tahun ini kita sudah membelanjakan RM10 juta dan kita berharap kerajaan akan memberi peruntukan tambahan menerusi pengumuman bajet akan datang bagi membolehkan lebih banyak Baitul Mahabbah dibuka,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut