#RONDARABU: SINGGORA

Dari jauh, rumah dengan seni bina Melayu tradisional ini gagah berdiri.

Dibina dari binaan kayu cengal lama dan atap singgora, rumah penginapan dan tempat makan sedap di tengah bandar Kota Bharu menjadi viral hingga di kunjungi ramai termasuk golongan VVIP, artis, instafamous dan orang ramai untuk menikmati suasana indah dan damai di sini.

Terletak di Kampung Air Deras, Pasir Hor (lebih kurang empat kilometer dari bandar KB), tidak hanya seni binanya yang cantik, seolah kita dibawa ke zaman silam Melayu lama tetapi di sini juga sangat popular dengan juadah tradisional yang rasanya mendapat pujian 10 bintang kerana semua makanannya sedap-sedap belaka.

Lebih terbawa-bawa perasaan itu apabila semua makanan dihidangkan dalam pinggan legend seolah-olah mengenang zaman kita kecil dahulu.

Apa lagi gais.. jom singgah kalau ke Kota Bharu!

Nota kaki: Sebelum mahu singgah makan menu masakan popular Kelantan ini atau kalau tak nak rasa kecewa, sila buat tempahan dahulu dengan pihak Singgora kerana tiada walk in disediakan di premis ini.

 

Sumber: Libur

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut