MANGSA SCAMMER DAKWA MEREKA SEPERTI DIPUKAU’

Kebanyakan mangsa penipuan atau scammer merasakan mereka bagai dipukau sehingga terjerat dengan helah sindiket berkenaan. Menurut SAC Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zaldino Zaludin, mangsa bukannya dipukau sebaliknya ia adalah mainan psikologi scammer.

Ramai kata mereka seperti dipukau, tapi sebenarnya bukan. Tiada mantera, jampi atau kemayan digunakan. Sindiket sebenarnya telah mengambil alih pemikiran mereka yang menyebabkan mangsa mula cemas dan terus percaya serta ikut apa yang diperkatakan.

Menurut beliau, sindiket biasanya akan menggunakan intonasi suara yang meyakinkan, seolah-olah daripada agensi berkaitan. Ia bagi memberi lebih keyakinan kepada mangsa untuk terus melayan perbualan tersebut sehingga terjerat. Scammer ini akan membaca skrip disediakan dengan guna suara yang tegas dan kemas. Jika fikir secara logik, tiada agensi kerajaan akan berhubung melalui panggilan telefon untuk buat pemindahan akaun dan tiada mahkamah akan hubungi mangsa begitu sahaja nyatakan kesalahan dilakukan.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu, seramai 12,722 tangkapan individu membabitkan kes jenayah siber direkodkan. Berdasarkan statistik bagi tahun lalu seramai 18,393 jumlah tangkapan manakala tahun sebelumnya 16,244 tangkapan. Bagi jumlah keseluruhan kes pula, sebanyak 25,447 kes jenayah siber direkodkan pada tahun 2022 manakala bagi tahun 2023 pula sebanyak 34,493 kes. Dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini sebanyak 18,662 kes direkodkan dan kes tertinggi ialah jenayah telekomunikasi iaitu 7,664.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …