KPDN KELANTAN SITA RESTORAN PAMER HARGA MENGELIRUKAN PENGGUNA

Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Gua Musang pada jam 12.00 tengahari tadi telah menjalankan siasatan aduan awam mengenai harga makanan set talam ayam mmengelirukan pengguna disebuah premis di Gua Musang, Kelantan di sini hari ini.
Berdasarkan tular, satu akaun media sosial menyatakan beliau sebagai pengguna telah membuat bayaran RM 18.90 tidak sama seperti yang diiklankan RM13.90 berserta resit bayaran yang dikenakan.
Pemeriksaan lanjut pasukan mendapati barangan yang dipamerkan untuk jualan dan harga yang dipamerkan (bergantung pada harga pasaran) masih mengelirukan pengguna tanpa menyatakan harga tetap atau anggaran atau penyataan yang jelas kepada pengguna untuk membuat pilihan.
Sebagai tindakan lanjut, pasukan operasi telah mengambil tindakan kes dan membuat penyitaan terhadap dokumentasi berkaitan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(1)(a) disyaki melakukan kesalahan memberi gambaran yang mengelirukan mengenai harga pada barang atau perkhidmatan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999.
KPDN Kelantan menggesa orang ramai untuk menyalurkan aduan jika terdapat sebarang aktiviti manipulasi harga oleh peniaga. Para peniaga juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan mempamerkan tanda harga, termasuk menetapkan harga jualan jelas demi menjaga keharmonian perdagangan antara pengguna dengan peniaga.

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …