SEREMBAN ANTARA DAERAH TERTINGGI KES TIPU DALAM TALIAN

Seremban merupakan daerah keenam tertinggi di negara ini bagi jumlah kertas siasatan yang dibuka membabitkan kes penipuan dalam talian sejak Januari hingga Ogos lalu. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, dalam tempoh tersebut, sebanyak 701 kes direkodkan manakala Nilai berada di kedudukan ke-15 dengan 434 kes.

Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 1,710 kes melibatkan penipuan secara dalam talian di negeri ini dengan nilai kerugian direkodkan sebanyak RM 47.1 juta dalam tempoh sama tahun ini. Pada tahun lalu, sebanyak 2,024 kes penipuan melibatkan kerugian RM40.9 juta direkodkan. Data ini jelas menunjukkan sedikit penurunan 18.4 peratus, namun peningkatan dari segi nilai kerugian sebanyak RM6.2 juta.

Berfikiran secara logik dan rasional apabila berhadapan dengan situasi penipuan atas talian antara panduan yang perlu diamalkan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan. Orang ramai dinasihatkan jangan cepat terpengaruh dan terburu-buru dengan apa jua tawaran lumayan di dalam media sosial. Sentiasa mengambil tahu prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang berkaitan dengan transaksi atau urusan-urusan bank atau urus niaga atas talian. Pihak berkuasa tidak akan berurusan dalam talian dan ini adalah SOP-SOP bagi semua agensi penguat kuasa dalam negara ini.  setiap orang perlu sentiasa mengamalkan sikap semak dan tanya pada setiap perkara atau urusan yang kita kurang pasti.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …