PENOLONG PENGURUS RUGI RM30,000 DITIPU PEGAWAI POLIS PALSU

Seorang penolong pengurus syarikat kerugian RM30,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kejadian berlaku lebih kurang jam 8.50 pagi 27 Ogos lalu semasa mangsa iaitu wanita berusia 44 tahun berada di rumahnya di Gemencheh. Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama Norazlan mendakwa daripada Kementerian Komunikasi Putrajaya.

Norazlan memaklumkan nombor telefon pengadu disekat kerana terlibat dengan beberapa kes jenayah sebelum disambungkan kepada panggilan 999 dan dijawab oleh Sarjan Ain dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan untuk buat pengesahan berkaitan kes ini. Pengadu percaya talian 999 itu adalah daripada pihak polis dan Sarjan Ain telah membuat semakan di Bukit Aman berkaitan perkara ini.

Seterusnya pengadu menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai Inspektor Nazlan dan setelah membuat semakan mendapati pengadu didakwa terlibat dengan kes jenayah pengubahan wang haram. Pengadu juga didakwa terlibat dengan kes dadah bersama seorang lelaki bernama Lai Peng Keong dan penjualan kad mesin pengeluaran wang (ATM) bank kepada lelaki tersebut berjumlah RM20,000 dengan menerima komisen bulanan. Pada jam lebih kurang 2.18 petang pula, pengadu menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai Asisten Superintenden Datuk Azmi dari Bahagian Siasatan Jenayah IPK Kelantan yang memaklumkan kes pengadu dapat diselesaikan.

Mangsa diminta memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia dan mengisi maklumat yang diperlukan seterusnya dimaklumkan kes akan disiasat oleh juruaudit daripada Bank Negara Malaysia. Wanita berkenaan percaya lalu mengisi butiran peribadi, nombor akaun termasuk nombor pin menerusi link yang diberi oleh pemanggil tersebut. Bagaimanapun selepas itu, pengadu berasa curiga lalu membuat semakan ke atas akaun banknya dan mendapati duit sebanyak RM30,000 telah dipindahkan ke dalam akaun yang tidak dikenali. Pengadu rasa diri ditipu lalu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Hasil siasatan awal mendapati pengadu telah terpedaya dalam panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut