STATISTIK PENGUATKUASAAN OPS TIRIS 3.0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Bahagian Penguat Kuasa telah melaksanakan OPS TIRIS 3.0 bermula 1 Januari 2024 bagi mengekang kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.

Ini meliputi bahan api diesel, petrol RON95, minyak masak bungkusan polibeg 1kg, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum dan gula putih bertapis 1kg.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS 3.0 bermula 1 Januari 2024 hingga 28 Ogos 2024, sebanyak 29,487 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 2,005 kes direkodkan dengan 496 individu telah berjaya ditangkap melibatkan warga tempatan dan warga asing dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM80.11 juta.

 

Sumber: KPDN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut