LAKSANA PROGRAM DI LUAR BANDAR, DEKATKAN RAKYAT DENGAN PEMIMPIN

Merlimau 2 September – Penganjuran pelbagai program peringkat negeri di luar kawasan pentadbiran atau di luar bandar memberi peluang pemimpin untuk mendekati masyarakat setempat.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata inisiatif itu dilihat mendapat maklum balas positif masyarakat tempatan.

Katanya, sebagai contoh Majlis Sambutan Ambang Merdeka Kali Ke-67 Peringkat Negeri Melaka julung kali diadakan di Merlimau menerima penyertaan lebih 30,000 pengunjung.

“Melaka adalah negeri pelancongan, mempunyai rakyat yang berbilang kaum, majmuk, setiap kali Kerajaan Negeri laksanakan program di kawasan luar bandar pasti ramai yang hadir memberi tanda sokongan tanpa mengenal bangsa dan agama.

“Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga mahukan pemimpin negeri dekat dengan rakyat, jadi pelbagai idea dan gagasan daripada beliau untuk laksanakan pelbagai program di kawasan luar bandar.

“Kita di peringkat kepimpinan pentadbiran negeri akan lebih kenal tempat, lokaliti dan masyarakat, sekali gus masyarakat juga kenal siapa pemimpin mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka Ke-67 di Dataran Orang Kampung pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata penganjuran pelbagai program di kawasan luar bandar merupakan satu usaha proaktif.

“Pada saya, seruan Ketua Menteri wajar dan tepat kerana bukan sahaja orang awam mendapat manfaat, malahan dapat membuka banyak ruang dan peluang dalam membantu merancakkan ekonomi setempat.

“Golongan peniaga, usahawan luar bandar juga mendapat manfaat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut